Thursday, September 30, 2010

@--Semalam--@

aktiviti semalam.. dalam gelap.... hurmmmmmmmm


berseorangan...








 erk.. apekah iteww???






owh kami berkaroke rupenyer... hehehehe





daa.. tu jer..
dari aku yang tunggu waktu nak berbuka pose...


Wednesday, September 22, 2010

@-- SHARING is CARING --@

Salam..

I just got this and i want to share with all my friends.. lets read together- gether okehh?
----------------------------


Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

 Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
a) McDonald
b) A&W
c) Secret Recipe 

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express 

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. 
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. 
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. 
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.  
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja . 

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu. 

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. 

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM . 

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM. 

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


---------------------------
jadik? ape tindakan korang???  setiap yang di makan menjadi darah daging kite... hurmm


mari kita renung- renung kan..
selamat beramal....
(^____^)

@-- Cerita Hari Raya --@

Salam dan Selamat Hari Raya semua..

ape citer raya korang? banyak collect duet raya?? hahah aku xde collection sebab dah terlebih umur..=p

raya tahun ni aku balik kampung belah mak dulu kat Tapah perak..
sejak dari pagi raya lepas solat rumah opah penuh orang datang sampai ke petang.. memang x menang tangan ler..
lepas tengahari je dah tukar uniform pakai t-shirt.. heh.. x cun da haku..

awal2 lagi atuk aku dah masak masik daging untuk menjamu orang datang...--- Habis Licin---

x sempat nk beraya ke mana2 pon masa raya pertama... hurmm

raya ke-2 pon sama gak.. sedara opah ngn atok aku berduyun2 datang..
mak aku plan nak masak lontong ngn mi rebus..(pon habis licin) ...aku ngadu la penat kat mak aku..
pastu mak aku jawab.." ala biar la.. kang kalau opah ngn atok tinggal berdua sian diorang nak layan ramai2 nih.. lagipon biler lagi nk jempe sedara ramai2 camni??.." hurm betol gak tuh.. cian plak ngn opah atok aku nnt.. tapi kalau jmpe tgh jalan pon kompem aku x kenal diorang nih sumer..

diorang sumer rugged kot, baju liplap liplap, mekap cam artis, subang telinga leh wat gelang tangan, hurm seb baik la gelang tangan tu x leh wat rantai.. kah kah kah ( sempat lak aku mengata)..
aku plak simple and sweet honesty jer... haahahaha

last last.. memang sampai ke malam org datang bertandang.. sampai kami x tau nk masak ape dah...
(memamg haibat laa stok lemang rendang nasi himpit sume habis sebelom raya ke-2 habis)

sok pagi nyer raya ke-3 kami nak balik ke kampung ayah plak kat jasin, melaka.. yeay!!
jalan x jammed pon..
sampi di kg Chinchin ni xde la se bizi kampung kat Tapah.. orang ramai datang tp nenek nak senang bagi mkn kueh jer.. heheh .. senang ati aku.. tp x tau la klu 1st raya tu diorg dah wat kenduri.. =p

kat sini baru la bejalan raya.. waaahhhhhhh penuh perut smpi x muat baju.. hahahahah ( aku siyes!!)

dulu g jejalan raya umah atok nenek sedara nih diorg tya soklan biasa2 jer? blaja ape? skolah kt mana? bla bla bla bla..
skarang ni biler umur dah meningkat ( badan pon meningkat ke hadapan).. diorang tya soklan cepuk cemas plak...
" kaklong daj keje kan?".. ok lagi la soklan nih
" umur baper dah ni?".. err 24 nek... =p
" haaa x lama lagi bermenantu la nih ekk??".. adussss
" dah ade boifren lom nih?".. senyum jek
" xper x lama lagi dah ni.."... aminnnnn je dalam hati aku.............................. hahahahha

dan.. kitorang balik KL pada raya ke-5...
x jammed pon...

k.. nak sambung wat keje..
selamat  membaca citer raya aku..
daaa
(^______^)

ni la gmbo raya aku yang sedang memboolat..=p